Home » » Cerita malam pertama

Cerita malam pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu, kang meletup pulak.." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. "Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju dan faham. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal mayang yang menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalamualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur.

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami sejati malam ini.

Dah lama ku menantikan saat ini, yang halal disisi agama...

Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya yang lembut dan ayu. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, ku selak kainnya perlahan-lahan, tanda peraduan akan bermula, ku meminta izin dengan isteriku, dia juga bersetuju untuk ku menembusi kota perawannya, namun....

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... "Selamat Pengantin Baru...

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim."

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah, air dah naik kepala!!!
Sumber
Share this article :
 
Support : TERBAIK.my
Copyright © 2012. Hot Reload 2u - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger