Home » » Lawak! Ahmad dan doktor

Lawak! Ahmad dan doktor

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih.Dan Doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang.Maka Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab dengan baik saya benarkan Ahmad pulang..Kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.

“Baik Doktor,saya sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor pada Ahmad.

“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor. “Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad

“Mmmmm..Oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Kata Doktor
berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu pagar.

“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil Ahmad semula.

“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba

“Hmmm..Ahmad duduk sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.

“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.
Sumber
Share this article :
 
Support : TERBAIK.my
Copyright © 2012. Hot Reload 2u - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger